Sunday, October 11, 2009

MASALAH ALAHAN DALAM KALANGAN PENGHIDAP ALBINISME DI MALAYSIA

MASALAH ALAHAN DALAM KALANGAN PENGHIDAP ALBINISME DI MALAYSIA

MAI SHIHAH ABDULLAH

JABATAN BIOLOGI

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK

Dalam kalangan 150 penghidap albinisme yang ditemui, terdapat sebilangan yang menghadapi masalah kulit dan mata yang gatal. Keadaan ini memberikan impak kepada penglihatan dan kulit mereka. Tujuan penyelidikan dijalankan untuk mengenalpasti bahan yang mendatangkan simptom alergik kepada penghidap albinisme yang difikirkan mendatangkan kerengsaan kepada mereka. Seramai 43 penghidap albinisme dan 161 responden individu normal menjalani ujian alahan terhadap 32 jenis alergen, satu ujian positif (histamin) dan ujian negatif (saline). Masalah alahan yang sering dihadapi oleh golongan penghidap albinism rata-ratanya kepada hama dalam habuk (65.1%). Prevalens ini jauh lebih tinggi daripada individu normal (32.3%). Masalah alahan lain ialah lipas, ketam dengan masing-masing 11.6%, rumput dan udang dengan (9.3%). Jika dibandingkan dengan individu normal, masalah alahan mereka turut tertumpu kepada lipas (18%), udang (13.7%), jeli raja (7.5%), bulu kucing (6.2%). Kajian juga mendapati kepelbagaian alahan kepada sejumlah 17 – 19 alergen yang hampir sama yang dihadapi oleh kedua-dua golongan. Ini memberikan refleksi yang masalah alahan dihadapi oleh penghidap albinisme menyamai sebagaimana individu normal. Walaubagaimanapun, alahan terhadap hama dalam habuk sangat ketara yang dihadapi oleh hampir 2/3 (65.1%) daripada responden penghidap albinisme. Penjelasan yang paling munasabah ialah kebanyakan penghidap albinisme lebih cenderong untuk berada di tempat yang agak suram kerana mereka turut menghadapi masalah fotophobia. Justeru, mereka lebih terdedah kepada hama dalam habuk. Masalah ini dapat dikurangkan jika ruang ini lebih terdedah kepada pancaran matahari. Pastikan bilik dalam keadaan yang bersih dan peralatan di bilik tidur terutamanya cadar, sarung bantal ditukar dengan kerap dan tidak menyimpan anak patung atau memasang karpet. Pentadbiran alahan turut dibincangkan.

PENGENALAN

Selain daripada masalah penglihatan, golongan ini turut mengalami masalah kekurangan pigmen melanin (King, Hearing, Creel & Oetting (1995); Witkop, Quevedo, Fitzpatrick dan King, 1989). Masalah ini sehingga kini tidak menemui sebarang penyelesaian kerana ianya berkait rapat dengan faktor genetik. Masalah ini akan bertambah kritikal sekiranya mereka mengalami masalah alahan (Mai Shihah dan Julismah, 2004 dan Mai Shihah, 2005). Antara masalah alahan yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu ialah alahan makanan. Alahan akan memberi kesan kepada mata, hidung, kulit (bahagian yang bermukus) dan seterusnya memberikan implikasi yang lebih terok kerana ianya turut membabitkan bahagian kulit yang sering melecuh (menyerupai kulit yang tersimbah air atau minyak panas) akibat terdedah yang terlalu lama kepada sinar matahari yang terik. Sekiranya penghidap tidak mengambil berat kepada soal pemakanan untuk menghindari gejala alahan, kulit mereka akan menjadi lebih terok apabila ditambah dengan tingkahlaku mengggaru kerana reaksi daripada alahan. Alahan juga boleh menyebabkan konjuktivitis yang mengganggu penglihatan, terutamanya golongan penghidap albinisme.

Sehingga ke hari ini, belum terdapat mana-mana kajian yang menjalankan ujian alahan ke atas golongan ini dan penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan sedikit gambaran apakah bahan-bahan utama yang mendatangkan reaksi alergik kepada mereka?

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti masalah alahan dalam kalangan penghidap albinisme

KAJIAN LITERATUR

Alergi/Alahan: Penerangan Ringkas

Alergi atau alahan banyak dideritai oleh anggota masyarakat, namun ramai lagi yang masih tidak memahaminya. Tanpa pengetahuan asas mengenai alergi adalah sukar untuk menghindarinya atau meringankan reaksinya. Pengubatan dan pencegahan simptom/gejala alergi ini bergantung kepada pengetahuan tentang faktor penyebab dan pencetusnya.

Alergi adalah reaksi fizikal yang tidak normal yang dialami sekiranya terdedah kepada bahan (yang dinamakan alergen) yang menyebabkan terhasilnya sensitiviti/kepekaan yang melampau. Biasanya bahan alergen ini tidak merbahaya dan tidak akan menghasilkan simptom (gejala) ke atas orang normal, yang tidak alergik.

Simptom alergi boleh hadir dalam berbagai ragam dan bentuk. Bersin dan hidung tersumbat biasanya disertai dengan tanda kemerahan (inflamasi) dan gatal di mata, merupakan gejala yang sangat klasik. Namun simptom (Rajah 1) ini tidak semestinya disebabkan oleh alergi. Kemungkinan gejala ini disebabkan oleh keadaan lain seperti infeksi sinus, perubahan cuaca, reaksi terhadap asap atau bauan.

Angioedema

Urtikaria

Alergik rhinitis

(a) (b) (c)

Dermatitis atopik

Konjunktivitis

(d) (e)

Rajah 1 Simptom/gejala yang disebabkan oleh alergi/alahan

Ujian Alahan

Ujian alahan adalah suatu ujian yang dilakukan ke atas bahagian kulit anda untuk mengenalpasti bahan alergi (alergen) yang memicu reaksi alergik.

Penyelidikan Alergi di Malaysia

Masalah alergi makanan dibincangkan secara mendalam dalam Bindslev (2001), Bock & Atkeins (1989), Farrell & Kettlhut (1995), aeroallergen (Hattevig, Kjellman, Bjorksten & Johansson (1987) dan pelbagai alergen yang lain masih merupakan disipin yang baru diterokai di Malaysia. Alergik kepada makanan, aeroalergen dan hasil lebah madu adalah diantara kajian yang pernah dijalankan (Mai Shihah, Shahnaz, Syed Tajuddin & Nasuruddin (2004) dan Gan & Rajagopalan (1987)).

Prevalens Alergi di Malaysia

Pastinya sehingga kini, sangat sedikit yang diketahui mengenai status alergi di Malaysia, walaupun pemerhatian menunjukkan ianya dihidapi oleh majoriti penduduknya. Alergi sering dianggap tidak penting dan tidak memerlukan pengurusan kerana produktiviti pekerja, pelajar yang menghidapnya tidak begitu dipertikaikan kerana emolumen, prestasi pekerja dan pelajar tidak dinilai sebegitu rupa. Anggaran dari kajian Leung dan Ho (1994) memberikan statistik 7.6% daripada populasi rakyat Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu alergi. Jumlah ini cukup besar untuk memberikan implikasi kepada kos perubatan yang ditanggung oleh kerajaan sekiranya setiap individu datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 34, 628 (0.78%) daripada 5 juta pelajar sekolah dilaporkan tidak hadir ke sekolah disebabkan banyak faktor termasuklah alergi (umum mengetahui sebagai selsema, bengkak muka dan gatal-gatal pada mana-mana bahagian tubuhnya). Ibubapa dan guru yang sering bersama kanak-kanak ini sering tidak menyedari simptom alergi yang terdapat pada mereka. Lantas rasa tidak endah sering menyelubungi ibu bapa dan guru-guru sehingga menjadikan masalah alergi tidak ditangani secara yang sepatutnya. Kajian masalah alahan dan hubungannya dengan masalah ketidakhadiran pelajar dijalankan oleh Mai Shihah dan Julismah (2003) dan mendapati anggaran ketidakhadiran pelajar ke sekolah ialah 1.32 hari dalam kalangan penghidap alergi dan 16 hari disebabkan oleh faktor-faktor lain dan menjadikan anggaran kasar sebanyak 18 hari setahun bagi kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah ketidakhadiran ke sekolah. Beberapa pentaabiran pelajar yang menghadapi masalah alahan disenaraikan dalam kajian Julismah dan Mai Shihah (2003) dengan membincangkan peranan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah bagi pelajar menjalani aktiviti di dalam dan di luar sekolah.

Kajian Mai Shihah (2006b) mendapati daripada 285 responden, 141 (49.5%) individu perempuan dan 144 (50.5%) individu lelaki mengambil bahagian dalam penyelidikan mereka, 168 (58.9%) positif ke atas ujian cucuk kulit. Dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah, 18.5% didapati alergi kepada sekurang-kurangnya satu alergen, 25% pelajar sekolah rendah dan meningkat kepada 39.3% bagi pelajar sekolah menengah dan menurun ke 17.3% dalam kalangan pelajar pra universiti. Prevalen ini jauh lebih tinggi daripada yang diutarakan oleh Leung dan Ho (1994), 10 to 30% di negara-negara maju, 43% dalam kalangan pelajar Finland (Haahtela, 1979), dan 43% pelajar Sweden (Hattevig et al., 1987). Sensitizasi mengikut alergen dengan perbandingan jantina seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1

Sensitizasi mengikut jantina

Alergen

Lelaki (%)

Perempuan (%)

Lipas

10.4

13.5

Debunga

2.1

0.7

Rumput

2.8

3.5

Ikan darat

4.9

3.5

Ikan laut

2.8

2.1

Hama dalam habuk

61.8

46.1

Jeli ratu

9

2.1

Madu

5.6

1.4

Kumpulan aeroalergen

63.9

51.8

Kumpulan Hasil lebah

10.4

2.8

Trend Aliran Sensitizasi daripada Kanak-Kanak Pra Sekolah sehingga Pelajar Pra Ijazah

Penghidap alergi kepada hama dalam habuk adalah yang tertinggi diikuti dengan lipas (Jadual 2). Alahan kepada debunga didapati seawal sekolah menengah dan menurun apabila pelajar berada di universiti. Gaya hidup mungkin boleh menjelaskan keadaan tersebut.Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di padang dalam usia yang sebegini dan mengurangkan aktiviti ini dengan meningkatkan usianya mereka. Alergik kepada hama dalam habuk dan lipas boleh dijelaskan yang kebanyakan bilik di tadika, di karpet, dipenuhi dengan banyak anak patung yang lembut, bantal dan tilam,

Biasanya barangan agak berhabuk dan cenderong dijadikan ruang pembiakan hama dan kanak-kanak prasekolah sering terdedah kepada alergen ini. Semasa di sekolah rendah, kanak-kanak ini berada di bawah pengawasan dan bilik mereka turut dikemas oleh ibu masing-masing. Apabila mereka semakin besar, mereka telah mempunyai bilik masing-masing dan tugas mengemasnya menjadi tanggungjawab sendiri. Remaja, biasanya bukanlah pembersih orangnya dan sekali lagi masalah alergik kepada hama dalam habuk dan lipas meningkat dalam fasa usia ini. Di universiti, mereka lebih bertanggungjawab dan biasanya bilik mereka lebih bersih dan perlakuan ini merendahkan semula prevalens alergik kepada dua bahan tadi semasa fasa usia ini. Aliran yang sama juga jelas kelihatan bagi alergik kepada debunga dan rumput. Justeru itu, alergi berkaitrapat dengan jumlah pendedahan alergen di persekitaran yang dihirup oleh penghidap.

Biasanya barang-barang ini tidaklah begitu bersih dan kanak-kanak prasekolah sering terdedah kepada alergen ini. Semasa di sekolah rendah, kanak-kanak ini berada di bawah pengawasan dan bilik mereka turut dikemas oleh ibu masing-masing. Apabila mereka semakin besar, mereka telah mempunyai bilik masing-masing dan tugas mengemasnya menjadi tanggungjawab sendiri. Biasanya remaja bukanlah pembersih orangnya dan sekali lagi masalah alergik kepada hama dalam habuk dan lipas meningkat semula dalam usia ini. Di universiti, mereka lebih bertanggungjawab dan biasanya bilik mereka lebih bersih dan perlakuan ini merendahkan semula prevalens alergik kepada dua bahan tadi semasa fasa usia ini. Aliran yang sama juga jelas kelihatan bagi alergik kepada debunga dan rumput. Justeru itu, alergi berkaitrapat dengan jumlah pendedahan alergen di persekitaran yang dihirup oleh penghidap.

Jadual 2

Prevalens sensitizasi dalam kalangan responden

Alergen

Pra sekolah

(%)

Sekolah rendah

(%)

Sekolah menengah

(%)

Pra ijazah

(%)

Lipas

11.29 (r2)

4.76

19.14 (r2)

9.09 (r2)

Debunga

0

0

3.19

1.51

Rumput

1.61

6.34 (r2)

3.19

1.51

Ikan laut

3.22

6.34 (r2)

6.38

0

Ikan darat

3.22

3.17

0

4.54 (r3)

House

dust mites

45.16 (r1)

63.49 (1)

62.76 (r1)

40.91 (r1)

Jeli ratu

6.45 (r3)

3.17

8.51 (r3)

3.03

Madu

3.22

1.58

5.32

3.03

* r1= tertinggi , r2 = kedua tertinggi, r3 = ketiga tertinggi

Kajian yang sama diteruskan untuk mengkaji sekiranya masalah alergi yang dihadapi oleh penghidap albinisme berbeza dibandingkan dengan mereka yang normal dan untuk dikenalpasti sekiranya mereka memerlukan pengurusan alergi secara khusus perlu dirangka untuk mereka.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Ujian Alahan

Ujian kulit bagi mengenalpasti bahan alahan responden mengandungi satu set panel dengan 34 jenis alergen termasuk histamin (sebagai ujian positif) dan saline (sebagai ujian negatif). Kesemua responden akan menjalani ujian cucuk kulit seperti yang ditunjukkan dalam langkah-langkah di bawah (Rajah 1).

a. Tanda akan dilukis di permukaan lengan bawah responden sejumlah 34 titikan kecil.

b. Titisan setiap alergen akan dibuat berhampiran yang mungkin dengan tanda titik yang telah dilukis tadi.

c. Satu tusukan/kuisan dibuat di permukaan paling atas kulit pada arah 450 menerusi setiap titisan alergen tadi. Satu lanset akan digunakan sekali sahaja bagi mengelakkan kontaminasi.

d. Responden diminta untuk menunggu reaksi dalam tempoh 15 – 20 minit. Mereka diingatkan untuk tidak menggaru bahagian yang diuji.

e. Setelah 15 mkinit, responden akan dijalankan pemeriksaan ke atas bahagian yang telah diuji untuk memerhatikan sekiranya ada bintil merah yang kelihatan.

f. Perimeter bintilan akan dilukis dengan pen, pelekat lut sinar akan dilekatkan yang akan memindahkan surihan ke atasnya. Surihan ini akan dipindahkan ke lembaran keputusan. Diameter bintil merah akan diukur untuk menentukan tahap alergi responden. Ukuran 1 -3 mm menunjukkan tahap rendah, 3 – 6 mm sederhana dan yang melebihi 6 mm dianggap kritikal.

Di samping itu juga, responden diberi keterangan ringkas mengenai ujian ini, menandatangani borang pengakuan (Lampiran 1) dan ditemubual untuk menjawab beberapa soalan sebagaimana yang terdapat dalam Lampiran 2.

Bacaan pada 15 - 20 minit

Rajah 1 Langkah-langkah menjalankan Ujian Cucuk Kulit

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Kajian Perbandingan Masalah Alergi Dalam Kalangan Penghidap Albinisme dan Individu Normal

Satu lagi kajian yang dijalankan dalam penyelidikan ini ialah mengkaji masalah alahan/alergi dalam kalangan penghidap albinisme dan individu normal. Keputusan adalah seperti Jadual 3.

Daripada 32 alergen yang telah diuji ke atas responden, didapati 19 merupakan bahan alergen yang biasa dalam kalangan mereka. Diversiti bahan yang merupakan alergen kepada kedua-dua kumpulan responden hampir sama, 17 alergen dalam kalangan responden normal dan 16 dalam kalangan penghidap albinisme. Bilangan alergen yang menyebabkan alergi yang hampir sama untuk kedua-dua kumpulan menunjukkan tidak ada masalah alergi yang melampau yang dihadapi oleh golongan pengidap albinisme.

Alergen yang biasa dalam kalangan kedua-dua responden ialah hama dalam habuk. Ini adalah dapatan yang diperolehi oleh kebanyakan penyelidik di seluruh dunia. Alergen yang biasa mendatangkan reaksi alergik dalam kalangan penduduk dunia ialah debunga, kulat, hama dalam habuk, bulu haiwan, makanan dan gigitan serangga. Kebanyakan premis termasuk sekolah dan taman jagaan kanak-kanak terdapat alergen seperti hama dalam habuk, lipas, bulu haiwan dalam kuantiti yang cukup untuk menetuskan reaksi alergik. Keputusan kajian ini juga menghampiri trend dan peratus kajian Mai Shihah (2006) yang mendapati hama dalam habuk menduduki tempat teratas dengan 61% dalam kalangan responden lelaki dan 46.1% responden perempuan. Alergen kedua tertinggi ialah lipas (13.% dalam kalangan perempuan) dan (10.4% dalam kalangan lelaki).

Dalam kalangan penghidap albinisme, mereka lebih terdedah kepada hama dalam habuk dan lipas ini kerana rata-rata daripada mereka yang lebih sukakan tempat yang lebih gelap dan cuba mengelak kawasan dengan keamatan cahaya matahari yang menyilaukan mata dan menyakitkan kulit mereka. Justeru itu pendedahan ini akan mencetuskan sensitiviti mereka terhadap alergen-alergen ini.

Jadual 3 Perbandingan Alergi/Alahan antara Penghidap Albinisme dengan Individu Normal

Alergen

Individu Normal (N= 43)

Penghidap Albinisme (N= 161)

Bilangan

Peratus

Bilangan

Peratus

Hama dalam habuk

28

65.1

52

32.31

Lipas

5

11.6

29

18.0

Ketam

5

11.6

7

4.4

Udang

4

9.3

22

13.7

Rumput

4

9.3

7

4.4

Pisang

2

4.7

5

3.18

Bulu kucing

2

4.7

10

16.2

Kerang, kepah

2

4.7

40

24.8

Kulat

1

2.3

4

2.5

Ayam

6

3.7

Susu lembu

3

1.9

Jeli ratu

1

2.3

12

7.5

Madu

6

3.7

Debunga

1

2.3

4

2.5

Telur

1

2.3

4

2.5

Ikan

1

2.3

4

2.5

Kekacang

1

2.3

Daging lembu

1

2.3

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Masalah alergi dalam kalangan penghidap albinisme adalah suatu yang menjejaskan gaya hidup mereka dan senarionya sama sebagaimana yang dihidapi oleh individu normal. Masalah utama ialah alergik kepada hama dalam habuk, diikuti dengan lipas dan bahan dalam udara yang lain.

Penghidap albinisme perlu mendapatkan khidmat pakar kulit dan alahan untuk mengenalpasti bahan alergen yang mereka alah. Setelah mengenalpasti bahan alergen tersebut, kaedah yang paling selamat dan berkesan ialah menjauhi sumber bahan-bahan tersebut. Ibubapa, pihak pentadbiran sekolah dan pengurusan tempat penghidap albinisme bekerja perlu mengetahui masalah mereka untuk mengelakkan daripada masalah serangan simptom alergi terutamanya anafilaktik.

BIBLIOGRAFI

Bindslev-Jensen, C.1998. Food allergy. BMJ. 316:1299-1302.

Bock, S.A., Atkeins, F.M. 1989.The natural history of peanut allergy. J. Allergy Clin Immunol. 83:900-904.

Ewusie JY. (1988). Characterization of the genetic profile of Swaziland, the ABO blood group and albinism. Swazi. J Sci Technol. 9:45-55.

Farrell, M.K. & Kettelhut, B.V. 1995. Food allergy. In: Lawlor, G.J., Fischer, T.J., Aderlman, D.C. eds. Manual of Allergy and Immunology. Boston. Little, Brow and Company. 1995;290-302.

Gan, S.C. and Rajagopalan, K. Correlation of RAST result and serum IgE levels with the allergic symptoms of some clinically defined Malaysian cases. Malaysian J Pathol 1987;9:57-61.

Gold, M.E. (2002). The effects of the physical features associated with albinism on the self-esteem of African American youths. Journal of Visual Impairment and Blindness, 96:133 -1 142.

Hattevig, G., Kjellman, B., Bjorksten, B., and Johansson, S.G.O.1987. The prevalence of Allergy and IgE antibodies to inhalant allergens in Swedish school children. Acta paediatr Scand. 1987;76:349-355.

Kagore, Fewstar, Lund, Patricia M. (1995) Oculocutaneous albinism among schoolchildren in Harare, Zimbabwe. Journal of Medical Genetics, November Volume 32(11):859-861.

King, R.A., Hearing, V.J., Creel, D.J. and Oetting, W.S. (1995). Albinism. In C.R. Scriver, A.L. Beaudet, W.S. Sly and D. Valle (Eds.) The Metabolic and Molecular Basis of Inherited Disease. New York: MacGraw-Hill, 4353 – 4392.

Krischer, C. C. & Meissen, R. (1983). Reading speed under real and simulated visual impairment. Dalam Legge, G. E, Pelli, D. G., Rubin, G. S. & Schleske, M. M. (1985). Psychophysics of reading. I. Normal vision. Vision Research, 25(2), 239-252.

Kromberg, JGR, Jenkins T. Prevalence of albinism in South African Negro. S Afr Med J 1982; 61:383-6.

Leung, R. and Ho, P. 1994. Asthma, allergy, and atopy in three South-East Asian populations. Thorax: Dec;49(12):1205-10.

Mai Shihah dan Julismah. (2003) Allergy among Malaysian adolescents: Implications for parents and educators. A paper presented at Persidangan Psikologi ke 3. 9 – 11 May, 2003. City Bayview Hotel, Langkawi.

Mai Shihah, Shahnaz, Tajuddin & Nasuruddin (2001). Bee Product allergy in relation to honey, royal jelly, pollen and honeybee derivatives: characterization of allergenic proteins by means of immunoblotting. Kertas kerja dibentangkan dalam 4th APCE, 14-17 August 2001, Kuala Lumpur.

Mai Shihah Abdullah (2006).Allergy among Malaysian school children and undergraduate students: A preliminary study. Jurnal Pendidikan Indonesia (in prep).

Mai Shihah Abdullah dan Julismah Jani (2004). Prevalens dan Profil Akademik Penghidap Albinisme di Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan Khas (Jilid 2): 338 -353.

Mai Shihah Abdullah dan Julismah Jani (2005). Albinism in Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan dalam Konferens Sedunia Albinisme. Edinburgh.

Witkop, CJ Jr, Quevedo WC Jr, Fitzpatrick TB, King RA. Albinism, in Scriver CR, Begudet AL, Sly WS and Valla D: The Metabolic Basis of Inherited Disease, 6th Edition. New York, McGraw Hill, 1989, p 2905-47.


LAMPIRAN 1

BORANG PENGAKUAN

(CONSENT FORM)

JIKA ANDA IBU/BAPA ATAU PENJAGA KEPADA PELAJAR INI, SILA BERIKAN PENGAKUAN UNTUK MEMBENARKAN PELAJAR INI MENJADI SUKARELAWAN UNTUK MENJALANI UJIAN CUCUK UNTUK MENGESAN ALAHAN (ALERGI)

(IF YOU ARE THE PARENTS/GUARDIAN TO THIS STUDENT DO GIVE IN THE CONSENT TO SUBJECT YOUR CHILD TO SKIN PRICK TEST FOR THE DETECTION OF ALLERGY)

Saya___________________________________ No. Kad Pengenalan _____________

(I) (I/C No.)

dan beralamat ____________________________________________________________________

(residing at)________________________________________________________________________

dengan ini memberikan pengakuan dan keizinan sebagai subjek kepada ujian cucuk untuk mengesan alahan (alergi) terhadap makanan dan produk lebah.

(herein allow and giving my consent to subject my child to the skin prick test for the detection of food and bee product allergy.

_______________________ _________________

Tandatangan ibu/bapa/penjaga Tarikh

(Signature of parents/guardian) (Date)

_______________________ ______________________________

Tandatangan saksi Nama saksi

(Signature of witness) (Name of witness)

LAMPIRAN 2

SOALSELIDIK ALAHAN (ALERGI)

(ALLERGY QUESTIONNAIRE)

(1) NAMA: (2) JANTINA:

(NAME) (SEX)

(3) UMUR: (4) BANGSA:

(AGE) (RACE)

(5) PEKERJAAN: (6) NO. TELEFON:

(OCCUPATION) (TELEPHONE NO.)

(7) LAMA MENGIDAP ALAHAN (ALERGI): ______________ TAHUN

(ALLERGY ONSET) (YEARS)

(8) FAKTOR-FAKTOR PENGGALAK ALAHAN:

(AGGRAVATING FACTORS)


HABUK RUMPUT/DEBUNGA CUACA

(DUST) (GRASS/POLLEN) (WEATHER)

ASAP BULU HAIWAN BAHAN KIMIA

(SMOKE) (ANIMALS DANDERS) (CHEMICALS)


UBATAN HARUMAN AEROSAL

(MEDICATION) (FRAGRANCE) AEROSAL)


MAKANAN SENGATAN PRODUK LEBAH

(FOOD) (ANIMAL STING) (BEE PRODUCT)

LAIN-LAIN ___________

(OTHERS)

(10) PEMAKANAN

(CONSUMPTION)

YA / YES

ADAKAH ANDA MENGAMBIL PRODUK LEBAH

(DO YOU CONSUME HONEY PRODUCTS) TIDAK / NO

(11) SIMPTOM ALERGI:

(ALLERGY SYMPTOMS)


HIDUNG BERAIR BIBIR BENGKAK MATA BERAIR

(RHINITIS) (LIPS SWOLLEN) (CONJUNCTIVITIS)

LAIN-LAIN: _________________

(OTHERS)

(12) RESPIRATORI:

(RESPIRATORY)


ASTHMA PENING KEPALA RESDUNG

(ASTHMA) (MIGRAINE) (RHINITIS)

EKZEMA DERMATITIS SENTUHAN

(ECZEMA) (CONTACT DERMATITIS)

(13) LATAR BELAKANG KELUARGA BERKAITAN ALERGI:

(FAMILY HISTORY OF ALLERGY)


EMAK BAPA

(MOTHER) (FATHER)

ANAK ADIK-BERADIK

(CHILDREN) (SIBLINGS)

(14) TABIAT MEROKOK

(SMOKING HABIT)


ADAKAH ANDA SEORANG PEROKOK? YA TIDAK

(CIGARATTE SMOKING) (YES) (NO)

(15) HAIWAN PELIHARAAN

(PETS AT HOME)

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI HAIWAN PELIHARAAN? YA TIDAK

(PETS AT HOME) (YES) (NO)

(16) PERSEKITARAN RUMAH:

(HOME ENVIRONMENT)


HAIWAN PELIHARAAN ASAP ROKOK

(PETS AT HOME) (CIGARATTES SMOKE)

KABUS HABUK

(HAZE) (DUSTY)


TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH VAKUM TILAM

(INDOOR PLANTS) (VACUUM MATTRESS)


PERMAIDANI DALAM BILIK TIDUR LIPAS

(CARPETS IN BEDROOM) (COCKROACHES)


JEMUR BANTAL SETIAP MINGGU ANAK PATUNG

(SUN PILLOWS WEEKLY) (SOFT TOYS)

SALIN SARUNG BANTAL DAN CADAR

(ENCASE PILLOWS AND BEDCOVER)

No comments:

Post a Comment