Sunday, October 11, 2009

PENILAIAN AKUITI PENGLIHATAN DAN KELAJUAN MEMBACA DALAM KALANGAN PENGHIDAP ALBINISME DI MALAYSIA

PENILAIAN AKUITI PENGLIHATAN DAN KELAJUAN MEMBACA DALAM KALANGAN PENGHIDAP ALBINISME DI MALAYSIA

MAI SHIHAH ABDULLAH

JABATAN BIOLOGI

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK

Statistik menunjukkan terdapat 4,576 pelajar berusia antara 7 hingga 15 tahun menghadapi masalah penglihatan dengan 15% dalam kalangan pelajar Melayu, 17% pelajar India dan hampir 50% pelajar Cina. Umum wajar menyedari kesemua pelajar penghidap albinism mempunyai masalah penglihatan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti akuiti penglihatan golongan penghidap albinism dan mengkaji kelajuan bacaan mereka dengan dua mod; dengan dan tanpa alat bantuan visual menggunakan teks fon bersaiz 12 dan 14. Ujian buta warna dengan menggunakan instrumen S. Ishihara juga dijalankan. Seramai 50 individu penghidap albinism telah menjalani pemeriksaan. Seramai 44 individu penglihatan normal (6/6) atau lebih baik telah disampel bagi ujian akuiti dan kelajuan bacaan. Kajian mendapati akuiti penglihatan penghidap albinisme berada dalam sela 9/60 dan 36/60 dengan min 24/60. Tiada seorang pun daripada golongan albinisme yang ditemui menghadapi masalah rabun warna. Ujian kelajuan bacaan mendapati min perbezaan kelajuan bacaan penghidap albinisme dengan dan tanpa alat bantuan penglihatan pada fon 12 ialah 31.68 sukuan perminit dengan perbezaan masa 6.4 saat/60 spm. Jika fon dibesarkan pada saiz 14 min perbezaan bacaan dengan dan tanpa alat bantuan visual ialah 26.82 spm dan perbezaan masa ialah 6.03 saat. Individu berpenglihatan normal mempunyai min kelajuan membaca pada 207.86 spm. Mereka mengalami peningkatan kepada 218.12 spm jika fon teks dibesarkan kepada fon 14. Kajian ini mendapati bahawa jika tanpa bantuan penghidap albinisme akan ketinggalan sebanyak 119.89 sukuan patah perkataan setiap seminit tanpa alat bantuan visual dan 88.26 sukuan patah perkataan dengan bantuan alat visual. Kajian mencadangkan masa tambahan untuk bacaan tanpa bantuan (pembesaran saiz fon dan alat bantuan penglihatan) ialah 1 jam 20 minit sementara 49.5 minit dengan bantuan bagi setiap jam peperiksaan bertulis. Perkiraan ini melebihi masa yang diamalkan di negara barat 30 minit setiap sejam. Carta anggaran masa bacaan penghidap albinisme (Chart for Estimated Reading Time: Albinism, CERTA) untuk mekanisme anggaran masa mengikut kelajuan pelajar penghidap albinisme dengan dan tanpa bantuan juga diprototaip.

PENGENALAN

Penghidap albinisme secara jelasnya merupakan kumpulan individu yang mempunyai keupayaan terhad disebabkan kecacatan penglihatan tidak dikategorikan dalam mana-mana kumpulan yang disenaraikan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Kajian Mai Shihah dan Julismah (2004) sehingga Disember 2008, telah mengenalpasti 171 individu albinisme di seluruh Malaysia. Berita mengenai golongan ini sering mendapat tempat di dada akhbar untuk tujuan propaganda dan melariskan media. Berita-berita sering disensasikan lebih terjurus kepada bentuk fizikal mereka yang amat berbeza dengan kedua ibu bapa dan adik beradik mereka.

Selain daripada masalah penglihatan, golongan ini turut mengalami masalah kekurangan pigmen melanin (King et al, 1995; Witkop, Quevedo, Fitzpatrick dan King, 1989). Masalah ini sehingga kini tidak menemui sebarang penyelesaian kerana ianya berkait rapat dengan faktor genetik.

Banyak kajian dari luar negara terutamanya di negara-negara Afrika, yang dijalankan oleh penyelidik Barat seperti kajian Lund (1999, 2001), Lund, Puri, Durban, King & Brilliant (1997), Roy, Robin & Guidotti (2005), Kagore & Lund (1995), Kromberg dan Jenkins (1982), McBride, Sandy, Leppard (2002) dan Gold (2002), dan Ewusie (1988) yang berasal dari negara Afrika. Kesemuanya membentangkan hasil dapatan mengikut kemaslahatan masyarakat setempat. Ada diantara hasil dapatan, contohnya tanggapan, status akademik dan sosio-ekonomi boleh digeneralisasi untuk adaptasi bagi keseluruhan komuniti penghidap albinisme, namun penyelidikan yang dijalankan mengikut infrastruktur politik, sosio-budaya dan ekonomi setempat akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan seterusnya langkah-langkah intervensi yang khusus boleh dijalankan dengan lebih berkesan.

Kajian fasa pertama (Mai Shihah & Julismah (2004), Mai Shihah & Julismah (2005), Mai Shihah, Julismah, Cham Jia Le & Chow Poh Kheng (2005) telah mendapati golongan albinisme menghadapi masalah utama dengan daya penglihatan yang amat terhad. Kebanyakan daripada mereka tidak pernah mendapat intervensi klinikal untuk membetulkan akuiti penglihatan mereka. Ini bermakna yang mereka tidak pernah dipreskripsikan dengan alatan penglihatan rendah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah penglihatan ini.

Masalah ini akan mempengaruhi kehidupan penghidap albinisme terutamanya dalam kalangan pelajar kerana mereka akan menghadapi masalah di dalam proses pembelajaran dan pengajaran terutamanya dalam matapelajaran Sains yang memerlukan pengamatan yang tinggi. Antara kekangan yang difikirkan dihadapi oleh golongan ini ialah pembacaan yang lambat jika dibandingkan dengan pelajar dengan penglihatan normal. Pemerhatian juga mendapati mereka turut mengalami masalah untuk membuat pengukuran semasa amali Sains yang turut menyukarkan mereka mendapatkan bacaan yang jitu.

Adalah difikirkan yang kajian kelajuan bacaan boleh digunapakai sebagai penentu kepada peruntukan masa yang munasabah untuk diberikan kepada penghidap albinism semasa mereka menjalani peperiksaan.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti

(a) tahap penglihatan

(b) kelajuan membaca

Definisi dan Kadar Kelajuan Membaca

Definisi dan kadar kelajuan membaca yang dikemukakan adalah berbeza-beza kerana setiap penyelidik mengkaji kelajuan membaca dari aspek yang berbeza-beza dan menggunakan golongan sasaran atau sampel dari golongan dan peringkat umur yang berbeza-beza. Dalam banyak kajian, termasuk kajian ini, pendekatan Kump (1998) dan adaptasi Mai Shihah Abdullah, Salahuddin Jusoh, Mohammad Harris Ayob dan Siti Sarah Mahmod (2006) untuk mengkategorikan individu mengikut tahap kelajuan ditunjukkan dalam Jadual 1 sering digunapakai.

Jadual 1 Tahap kelajuan membaca

Kategori Pembaca

Kelajuan Membaca bacaan ringan (perkataan/minit)

Kelajuan bacaan untuk kefahaman (perkataan/minit)

Pantas

241-350

120 ke atas

Sederhana

181-240

51- 119

Perlahan

10-180

50 ke bawah

Hubungan Status Penglihatan, Kelajuan Bacaan dan Pencapaian Akademik

Kajian Mai Shihah et al (2006) mengkaji hubungan status penglihatan dan kelajuan bacaan dengan pencapaian akademik. Mereka mendapati yang tiada hubungan yang signifikan diantara kedua-dua pembolehubah di atas dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik dalam kalangan individu berpenglihatan terhad menyamai individu dengan penglihatan normal. Namun status penglihatan mempunyai kaitan dengan kelajuan membaca. Dapatan ini menyokong kajian Krischer dan Meissen (1983) dan Goodrich (1977) yang mendapati ada hubungan yang positif di antara ketajaman penglihatan dan pencapaian akademik pelajar. Gejala individu yang membaca secara pergerakan mata yang terhenti-henti atau pergerakan mata yang sangat kerap (nygtagmus) juga memberikan kesan kepada pembacaan dan penumpuan teks. Fakta ini diperkukuhkan dengan pernyataan oleh Thinker (1962), sebanyak enam hingga lapan peratus masa digunakan untuk pergerakan mata dan 92 – 94% untuk mengekalkan mata ke atas teks. Mata perlu tertumpu ke atas teks barulah pembacaan dapat dibuat dengan jelas. Namun beliau mendapati adanya hubungan antara status penglihaan dengan pencapaian akademik pelajar dan sekali lagi kajian yang dijalankan di Malaysia ini bercanggah dengan dapatan kajian Thinker (1962).

Kajian Mai Shihah et al (2006) juga mendapati 60% pelajar penglihatan terhad mempunyai kelajuan bacaan yang perlahan, di bawah 180 ppm (mengikut skala Kump, 1998) dibandingkan dengan pelajar penglihatan normal. Min kelajuan membaca pelajar penglihatan terhad ialah 178 ppm berbanding pelajar penglihatan normal dengan 220 ppm pada penguasaan kefahaman 70-90%. Statistik ini selari dengan kajian Legge, Ross, Isenberg dan Lamay (1992) yang kelajuan bacaan subjek penglihatan terhad ialah 175 ppm.

Tidak dinafikan yang kebolehan membaca juga dikaitkan dengan tahap penglihatan individu. Individu yang mempunyai masalah dalam penglihatan secara majoritinya tidak mampu menandingi kelajuan bacaan individu berpenglihatan normal yang setara dengannya. Sememangnya individu berpenglihatan normal mendapat kelebihan dalam aspek ini. Korelasi kebolehan kelajuan bacaan dengan ketajaman penglihatan seperti Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 Pengkelasan penglihatan dan nilai ketajaman penglihatan

berdasarkan ujian ketajaman mata

Kelas Penglihatan Ketajaman Penglihatan

(berdasarkan ICD-9-CM) US Notasi 1 m Notasi Kebolehan membaca

Normal

Julat penglihatan normal

20/10

20/15

20/20

20/25

1/0.5

1/0.8

1/1

1/1.25

Kelajuan membaca normal

Jarak membaca normal

Kapasiti simpanan untuk cetakan kecil

Penglihatan Normal-Dekat

20/30

20/40

20/50

20/60

1/1.5

1/2

1/2.5

1/3

Kelajuan membaca normal

Jarak membaca dikurangkan

Tiada simpanan untuk cetakan kecil

Terhad/

Masalah

Penglihatan terhad sederhana

20/80

20/100

20/125

20/150

1/4

1/5

1/6.3

1/7.5

Kelajuan membaca normal dengan bantuan

Penggunaan kanta pembesaran kuasa rendah atau saiz tulisan yang besar

Penglihatan terhad rendah

20/200

20/250

20/300

20/400

1/10

1/12.5

1/15

1/20

Kelajuan membaca yang rendah

Penggunaan kanta pembesaran kuasa tinggi

KAEDAH

Pemeriksaan Akuiti Penglihatan

Semua responden akan mengikuti prosedur di bawah:

Pemeriksaan mata untuk menentukan akuiti penglihatan. Responden yang dikategorikan normal ialah mereka yang mempunyai akuiti penglihatan pada atau lebih baik daripada 6/6 dengan menggunakan carta Snellen. Ketajaman penglihatan direkodkan pada barisan terakhir subjek mampu baca sekurang-kurangnya 4 abjad yang betul daripada keseluruhan abjad iaitu 5 abjad. Bagi mereka yang memakai cermin mata, pemeriksaan akuiti dijalankan dengan pemakaian cermin tersebut (untuk tujuan mencatatkan akuiti penglihatan setelah pembetulan dijalankan).

Ujian Kelajuan Bacaan

Responen normal seterusnya akan diminta untuk menjalani ujian kelajuan bacaan dengan menggunakan instrumen (Mai Shihah 2005) seperti dalam Lampiran 1 dan 2. Responden akan diuji kelajuan bacaan tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan dalam lawatan yang pertama. Semasa lawatan, responden diajar bagaimana menggunakan alat bantuan penglihatan ini dan diminta menggunakan untuk tempoh antara 3 hingga 4 bulan sehingga lawatan seterusnya dilakukan. Dalam lawatan kedua, barulah kelajuan bacaan menggunakan alat bantuan visual dijalankan (Rajah 3).

Rajah 3 Responden menjalani ujian kelajuan membaca

Setelah akuiti penglihatan diperolehi, ujian kelajuan bacaan akan dilakukan dengan memberikan teks bacaan tanpa kaitan. Masa untuk sampel menghabiskan bacaan teks dengan betul akan dicatatkan. Kelajuan dibuat dalam unit bilangan sukuan perkataan per minit. Terdapat tiga jenis kelajuan yang boleh diuji menggunakan instrumen di atas untuk mendapatkan kelajuan huruf/minit, sukuan kata/minit dan perkataan/minit.

a. Kelajuan bacaan akan dimulai dengan bacaan teks tidak berkait menggunakan fon 12 oleh responden. Masa akan dicatatkan bagi tempoh ia menamatkan kesemua perkataan yang terdapat pada teks tersebut. Sebarang perkataan yang silap tidak termasuk dalam bilangan perkataan yang dibaca dalam tempuh tersebut.

b. Bagi responden penghidap albinisme mereka turut akan menjalani ujian di atas tetapi bagi kedua-dua teks di baca dengan dan tanpa menggunakan alat bantuan visual.

c. Ini bermakna bagi responden normal hanya ada satu set data kelajuan bacaan dan nilai min diperolehi.

d. Bagi responden penghidap albinisme, terdapat dua min perbezaan kelajuan bacaan untuk bacaan tanpa menggunakan alat bantuan visual dan dengan menggunakan alat bantuan visual.

e. Tempoh bacaan 56 sukuan perkataan/25 perkataan yang digunakan dalam teks dikonversi ke dalam unit patah perkataan perminit.

f. Daripada Rajah 3, pertambahan sukuan perkataan secara puratanya bertambah dua kali ganda daripada jumlah perkataan yang dibaca manakala ertambahan bilangan huruf secara puratanya pula ialah sebanyak enam kali ganda.

Rajah 3 Trend pertambahan huruf dan sukuan kata berbanding perkataan

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Kajian Akuiti Penglihatan

Daripada 50 responden yang menjalani pemeriksaan akuti penglihatan, tiada yang buta warna. Sela akuiti penglihatan berada pada 9/60 hingga 36/60. Pandangan ini memberi erti yang sekiranya seorang penghidap albinisme itu mempunyai akuti penglihatan pada 9/60, mereka hanya boleh mengenali objek atau huruf pada pandangan sejauh 9 kaki sebagaimana orang normal mampu boleh mengenali objek atau huruf yang sama dari jarak sejauh 60 kaki. Didapati juga daya penglihatan mata kiri dan kanan penghidap albinisme pada akuiti yang agak sama (Jadual 3) dengan rata-rata daripada mereka berada pada akuiti penglihatan 24/60.

Golongan penghidap albinisme tidak dapat menggunakan keupayaan sensitiviti ini untuk membaca tulisan Braille, sebaliknya mereka mempunyai ingatan yang agak kuat. Justeru itu mereka tidak dapat membaca huruf yang disimbolkan sebagai titik-titik yang bermakna, tetapi dengan sedikit daya penglihatan yang ada pada mereka, mereka akan membaca Braille sebagai susunan titik-titik dan bukan huruf-huruf yang disimbolkan dalam bentuk titik-titik tertentu.

Jadual 3 Akuiti Penglihatan Penghidap Albinisme

Akuiti penglihatan

Mata kiri

Mata kanan

Purata mata kiri dan kanan

9/60

5 (10%)

5 (10%)

24/60

18/60

7 (14%)

7 (14%)

24/60

28 (56%)

28 (56%)

36/60

10 (20%)

10 (20%)

Total

50

50

Dalam pembelajaran, guru-guru harus mengambil iktibar daripada data yang diperolehi dalam kajian ini. Bayangkan jika pelajar dengan penglihatan normal (6/6) boleh membaca tulisan guru dengan jelas pada jarak 60 kaki (di makmal contohnya), pelajar penghidap albinisme memerlukan jarak pemisah antara kedudukannya dengan papan tulis tidak melebihi 24 kaki jika tulisan guru mempunyai ketinggian 8.3 cm atau 3.5 inci. Daripada pemerhatian penyelidik, kebanyakan guru menulis dengan menggunakan pen dengan matanya yang halus pada tulisan yang ketinggian 2.5 cm atau 1 inci, yang sebenarnya hanya boleh dibaca oleh pelajar penglihatan normal dengan jelas pada jarak 18 kaki sahaja, apatah lagi pelajar penghidap albinisme.

Jika berada di dalam kelas dengan keluasan 36 kaki, guru-guru perlu pertimbangkan untuk menulis menggunakan pena dengan mata paling tebal dengan ketinggian huruf 5 cm atau 2 inci untuk keselesaan pelajar membaca teks yang ditulis.

Ramai guru mentaabir pelajar di kelasnya dengan menempatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah sikap di bahagian hadapan untuk memudahkan pengawalan kelas. Selain daripada faktor itu, dicadangkan guru membuat sedikit kajian mengenai kualiti penglihatan pelajar. Sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah penglihatan berilah mereka untuk menduduki barisan yang paling hadapan sehingga penglihatan mereka dapat dibetulkan dengan penggunaan cermin mata. Perlu diingatkan yang pelajar penghidap albinisme tidak dapat dipulihkan penglihatan mereka kepada 6/6 dan mereka perlulah ditempatkan dibarisan yang paling hadapan atau berikan jarak yang disesuaikan dengan penglihatan mereka.

Kelajuan Bacaan Penghidap Albinisme

Dalam kalangan penghidap albinisme, dapatan kajian mendapati terdapatnya perbezaan kelajuan bacaan semasa menggunakan teks yang sama tetapi pada saiz fon yang berbeza. Begitu juga, untuk ujian menggunakan atau tanpa bantuan alat bantuan penglihatan.

Jadual 4 Perbandingan kelajuan bacaan penghidap albinisme tanpa dan dengan menggunakan alat bantuan penglihatan

Saiz fon

Alat bantuan penglihatan

Purata masa minimum (saat)

Purata masa maksimum (saat)

Purata masa untuk teks dengan 56 sukuan perkataan

Sisihan piawai (saat)

Purata Kelajuan bacaan (spm)/(ppm)

12

tanpa

13

50

31.12

11.67

108/50

dengan

14

53

25.51

10.45

132/63

min perbezaan

0

30

6.71

5.87

14

tanpa

13

65

27.08

11.12

124/61

dengan

11

60

22.27

10.94

151/75

min perbezaan

0

29

5.634.81

5.15

Min perbezaan kelajuan bacaan menggunakan fon bersaiz 12 dengan dan tanpa bantuan alat bantuan penglihatan ialah - 5.71 saat/ 56 sukuan perkataan. Jika seorang penghidap albinisme mempunyai kelajuan bacaan 133 sukuan perkataan perminit (spm)/63 perkataan perminit (ppm), menggunakan alat bantuan penglihatan, dalam tempoh yang sama beliau dapat menambah sejumlah 12.5 spm atau 6.2 ppm, 752.06 atau 274 patah perkataan perminit (ppm) dalam masa sejam. Sekiranya fon dibesarkan kepada saiz 14, min perbezaan kelajuan yang menggunakan dan tanpa alat bantuan penglihatan ialah 4.82 saat. Dalam tempoh ini penghidap yang menggunakan alat bantuan penglihatan dengan kelajuan bacaannya 151 spm boleh menambah bilangan perkataan sejumlah 12.12 spm atau 727.24 sukuan perkataan perjam.

Korelasi kelajuan bacaan tanpa dan dengan bantuan alat penglihatan pada fon 12 ialah r= .747, dengan nilai signifikan pada aras p = .000. Korelasi meningkat kepada r = .855, p = .000 dengan penggunaan fon 14.

Keputusan data yang konsisten antara kedua-dua saiz fon menunjukkan penghidap albinisme boleh memilih fon yang paling memenuhi kehendak penglihatannya dan jika mereka dibenarkan untuk menggunakan alat bantuan penglihatan, pertimbangkan tambahan masa dengan merujuk kepada rumus berikut:

a. Bagi penghidap albinisme yang tidak menggunakan alat bantuan penglihatan dan fon 12 tidak dibesarkan;

masa normal pada kelajuan bacaan A + (bilangan perkataan dalam teks /56 x 4.82/60) minit

Pada kelajuan A, masa tambahan yang diperlukan ialah

b. Bagi penghidap albinisme yang tidak menggunakan alat bantuan penglihatan dan fon 14 tidak dibesarkan;

Pada kelajuan A, masa tambahan yang diperlukan ialah

masa normal pada kelajuan bacaan A + (bilangan perkataan dalam teks /56 x 5.21/60) minit

Seterusnya kedua-dua rumus diapplikasi untuk menghasilkan graf masa melawan sukuan patah perkataan (Rajah 4-6) yang disesuaikan dengan kelajuan bacaan individu. Carta Anggaran masa bacaan untuk penghidap Albinisme (Chart for Estimated Reading Time: Albinism (CERTA), untuk dijadikan mekanisme menentukan jumlah masa yang wajar diperuntukkan kepada individu penghidap albinisme mengikut kesesuaian fon, penggunaan alat bantuan penglihatan rendah dan tanpa kedua-dua bantuan ini. CERTAA (dengan bantuan), CERTA12 disesuaikan untuk pembacaan teks menggunakan fon 12 dan CERTA14 untuk fon 14.

Rajah 5 Anggaran masa yang diperlukan oleh penghidap albinisme mengikut kelajuan bacaan tanpa bantuan alat penglihatan menggunakan fon 12 (Chart for Estimated Reading Time: Albinism (CERTA12))

Rajah 4 Anggaran masa yang diperlukan oleh penghidap albinisme mengikut kelajuan bacaan bantuan alat penglihatan dan pembesaran fon yang disesuaikan (Chart for Estimated Reading Time: Albinism (CERTA))

Rajah 6 Anggaran masa yang diperlukan oleh penghidap albinisme mengikut kelajuan bacaan tanpa bantuan alat penglihatan menggunakan fon 14 Chart for Estimated Reading Time: Albinism (CERTA14))

Perbandingan dengan Ujian kelajuan bacaan bagi individu yang normal penglihatannya

Kelajuan bacaan individu penglihatan normal adalah dalam sela 269 spm/98 ppm hingga 371 spm/135 ppm dengan min 116.5 ppm dan sisihan piawai 27.3 ppm. Data ini rendah daripada yang diperolehi Siti Sarah dan Mai Shihah (2005) dengan sela 180 – 240 ppm, manakala hampir setara dengan kajian Zainora dan Rokiah (70 – 136 ppm).

Sekiranya perkiraan untuk membahagikan tahap kelajuan bacaan dengan mengambil satu sisihan piawai atas dan bawah, bacaan pantas akan berada dalam sela 116.5 ppm + 27.3 ppm = 143.8 ppm untuk bacaan pantas, dan 116.5 ppm – 27.3 ppm = 89.2 ppm sebagai bacaan lambat. Jika diperhatikan, purata bacaan penghidap albinisme dengan fon 12 dan dengan bantuan alat penglihatan rendah, hanyalah pada 50 ppm. Nilai ini berada dalam lingkungan 33.97 (SD=16.79) yang dihasilkan oleh kumpulan responden kajian Zainora dan Rokiah (2004). Sekiranya fon 14 digunakan dengan bantuan alat penglihatan rendah, kelajuan bacaan berada pada 75 ppm dan melebihi daripada kumpulan responden kajian Zainora dan Rokiah (2004).

Walaupun demikian, penghidap albinisme tidaklah mempunyai kelajuan bacaan yang sangat teruk sehingga kurang daripada 17.18 ppm sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian Zainora dan Rokiah (2004). Min kelajuan pada fon 12 dengan tanpa bantuan alat penglihatan rendah penghidap albinisme ialah pada 50 ppm, dan bacaan ini lebih baik daripada bacaan 17.18 ppm, jelas menunjukkan yang penghidap albinisme mempunyai kelajuan bacaan yang rendah tetapi tidak sehingga menjadikan bacaan seteruk bacaan kumpulan kajian Zainora dan Rokiah yang sampelnya terdiri daripada pelajar di Sekolah Pendidikan Khas (Penglihatan).

Min kelajuan bacaan pelajar dengan penglihatan normal ialah 116.5 ppm dibandingkan dengan kelajuan tanpa alat bantuan penglihatan pada fon 12 ialah 50 ppm, dan 61 ppm menggunakan fon 14. Jika berbantukan alat kelajuan bacaan meningkat kepada 63 ppm pada fon 12 dan 75 ppm pada fon 14. Kesemua kelajuan bacaan ini berada lebih rendah daripada min kelajuan bacaan kategori rendah (98 ppm) pelajar penglihatan normal, apatah lagi jika dibandingkan dengan kelajuan bacaan kategori pantas (144 ppm).

Sistem peperiksaan yang hanya memberikan tambahan masa sebanyak 30 minit dicadangkan untuk digubal semula. Rombakan boleh dibuat berdasarkan kepada wajaran berikut:

Dalam masa seminit, pelajar penglihatan normal boleh membuat bacaan sehingga 116.5 patah perkataan, berbanding 50 patah perkataan (tanpa pembesaran fon dan bantuan alat penglihatan terhad) oleh penghidap albinisme. Penghidap albinisme akan ketinggalan 66.5 patah perkataan, 3990 patah perkataan perjam. Mengikut kelajuan bacaannya (50 ppm), pelajar ini hanya mampu membaca sebanyak 3000 perkataan sejam dan bermakna, peruntukan masanya ialah 3990/3000 x 60 minit = 79.8 minit (1 jam 20 minit).

Perlaksanaan menambah masa setengah bagi setiap sejam masa peperiksaan telah dipraktiskan di negara barat contohnya University of Nottingham dan University of Hull di United Kingdom. Disamping itu, penghidap albinisme diberikan masa rehat 15 min bagi setiap sejam peperiksaan.

Penambahan masa berdasarkan kepada jumlah cetakan kertas peperiksaan yang dicadangkan di sini ialah untuk memberikan justifikasi atas kekurangan penglihatan mereka yang menjejaskan kebolehan membaca dengan lebih laju, dan bukannya penambahan masa untuk membolehkan mereka menjawab dengan lebih masa. Dengan lain perkataan, sekiranya kertas peperiksaan yang memperuntukkan masa selama 3 jam, bagi penghidap albinisme, mereka memerlukan tambahan masa 1 jam 20 minit x 3 jam peperiksaan untuk untuk mengimbangi masalah kepantasan bacaan mereka dan juga 15 min x 3 kali rehat (sekali setiap sejam) dan jumlah masa keseluruhan ialah 7 jam 45 minit.

Sekiranya mereka dibenarkan menggunakan alat bantuan penglihatan atau fon dibesarkan, pengiraan akan menjadi seperti berikut:

Perbezaan patah perkataan antara pelajar penglihatan normal dan penghidap albinisme ialah 115 ppm – 63 ppm = 52 patah perkataan seminit atau 3120 patah perkataan perjam. Masa tambahan bagi setiap jam ialah 49.5 minit . Ini menjadikan masa keseluruhan peperiksaan yang secara normalnya dijalankan selama tiga jam menjadi 3 jam + (3 x 49.5) + (3 x 15 minit) = 6 jam 14 minit.

Adalah sukar untuk mereka menjalani peperiksaan dalam jangka masa yang sepanjang 7 jam 45 minit jika tiada bantuan diberikan. Ianya boleh dipendekkan kepada 6 jam 14 minit dengan bantuan. Apa yang dicadangkan ini adalah yang paling ideal. Sekiranya pihak berwajib tidak mampu memberikan masa tambahan sebanyak itu, kemungkinan menjadikan polisi ini lebih realistik dengan menyediakan bahan peperiksaan yang bercetak besar ke saiz 14, dibenarkan menggunakan alat bantuan pengliahtan dan sekurang-kurangnnya setengah jam bagi setiap jam peperiksaan sebagaimana yang dijalankan di negara-negara maju.

Dicadangkan juga mereka diberikan bilik khas yang cahaya lampu terang tidak menghala ke bahagian mata mereka.

Dapatan daripada kajian ini juga menunjukkan yang penghidap albinisme lebih wajar di tempatkan di sekolah aliran biasa kerana mereka mempunyai kebolehan membaca yang lebih baik daripada pelajar dengan masalah penglihatan (hampir buta) yang di tempatkan di sekolah khas. Pemerhatian mendapati yang pelajar penghidap albinisme ini berusaha dengan sangat gigih untuk mengatasi kekurangan dirinya dan memaksa diri untuk setanding dengan mereka yang normal. Ini menjadikan kelajuan membaca walaupun rendah jika dibandingkan dengan pelajar normal penglihatan tetapi masih boleh setanding jika ditimbalbalikkan dengan memberikan masa tambahan. Pelajar di sekolah khas memang telah menerima masalah penglihatan mereka dan guru-guru sentiasa memberikan ruang untuk mereka dan ini menjadikan mereka tidak mempunyai rangsangan untuk mencepatkan bacaan mereka kerna mereka berada di dalam kelompok yang sama.

Sekiranya dibandingkan kelajuan bacaan responden yang berpenglihatan normal (90 ppm – 144 ppm) dengan penghidap albinisme (50 ppm – 75 ppm), perbezaannya sangat ketara. Kemungkinan besar inilah antara faktor yang sering menjadikan pelajar penghidap albinisme tidak dapat menghabiskan soalan-soalan yang perlu dijawab semasa menghadapi peperiksaan. Mereka menyatakan yang mereka bukan tidak tahu jawapannya, tetapi tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan.

Rasional menambah masa adalah suatu justifikasi bijak untuk menangani masalah penghidap albinisme ini. Penambahan masa ini bukan bermakna memberi peluang untuk mereka memeriksa jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang telah dijawab, tetapi memberikan peluang untuk mereka mencuba kesemua soalan yang diberikan.

Penambahan masa yang sesuai boleh dirujuk kepada jadual peruntukan anggaran masa bagi pelajar dengan albinisme tanpa penggunaan alat bantu penglihatan rendah dan juga fon yang tidak dibesarkan seperti yang dinyatakan di atas.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Akuiti penglihatan secara puratanya bertumpu pada 24/60 menunjukkan mereka mempunyai tahap penglihatan yang rendah tetapi tidaklah seteruk kebanyakan pelajar yang ditempatkan di sekolah khas. Justeru itu, penempatan mereka di sekolah pendidikan teras yang biasa adalah bertepatan dengan status mereka yang bukan orang buta. Walaupun mereka tidak buta mereka menghadapi masalah penglihatan yang boleh dikaitkan dengan kelajuan bacaan. Kajian mendapati kelajuan bacaan mereka dengan cetakan fon 12 pada 50 ppm dengan tanpa bantuan (alat bantuan penglihatan terhad dan pembesaran fon cetakan), 63 ppm apabila diberikan alat bantuan pengliahtan terhad. Penggunaan fon yang lebih besar meningkatkan kelajuan kepada 61 ppm dan jika bantuan pembesaran fon dan alat bantuan penglihatan, kelajuan meningkat kepada 75 ppm.

Tiga carta kepantasan bacaan melawan bilangan sukuan kata (yang boleh dikonversikan kepada patah perkataan) boleh dimanipulasikan untuk menentukan masa yang perlu diperuntukkan untuk penghidap albinisme mengikut kategori; (a) dengan bantuan (b) tanpa bantuan pada fon 12 dan (c) tanpa bantuan pada fon 14.

Setelah pengiraan dijalankan, didapati masa tambahan setengah jam bagi setiap jam peperiksaan adalah yang paling realistik untuk digunapakai dengan bantuan, walaupun secara idealnya menjangkau kepada 1 jam 20 minit bagi setiap jam jika tanpa bantuan diberikan.

CADANGAN

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh penghidap albinsime ialah miskonsepsi masyarakat sekeliling. Masyarakat selalu meletakkan yang penglihatan normal membolehkan seseorang dapat melakukan kerja dengan sempurna. Bagi penghidap albinisme, mereka perlu mengingatkan diri mereka sendiri untuk memahami status penglihatan yang ada pada mereka. Di samping itu juga mengakui limitasi yang semestinya menjadi halangan kepada mereka. Sekiranya mereka tidak secemerlang orang penglihatan normal bukan bermakna yang mereka kurang daya intelek. Masalah ini boleh diatasi sekiranya mereka mendapat akomodasi daripada pelbagai pihak. Peralatan canggih ciptaa teknologi terkini atau kaedah konvensional membesarkan cetakan sangat berguna untuk akomodasi masalah penglihatan penghidap albninisme.

BIBLIOGRAFI

Ewusie JY. (1988). Characterization of the genetic profile of Swaziland, the ABO blood group and albinism. Swazi. J Sci Technol. 9:45-55.

Goodrich, G. L. (1977). Training and practice effects in performance with low-vision aids: a preliminary study. Dalam Legge, G. E, Pelli, D. G., Rubin, G. S. & Schleske, M. M. (1985). Psychophysics of reading. I. Normal vision. Vision Research, 25(2), 239-252.

Gold, M.E. (2002). The effects of the physical features associated with albinism on the self-esteem of African American youths. Journal of Visual Impairment and Blindness, 96:133 -1 142.

Kagore, Fewstar, Lund, Patricia M. (1995) Oculocutaneous albinism among schoolchildren in Harare, Zimbabwe. Journal of Medical Genetics, November Volume 32(11):859-861.

King, R.A., Hearing, V.J., Creel, D.J. and Oetting, W.S. (1995). Albinism. In C.R. Scriver, A.L. Beaudet, W.S. Sly and D. Valle (Eds.) The Metabolic and Molecular Basis of Inherited Disease. New York: MacGraw-Hill, 4353 – 4392.

Krischer, C. C. & Meissen, R. (1983). Reading speed under real and simulated visual impairment. Dalam Legge, G. E, Pelli, D. G., Rubin, G. S. & Schleske, M. M. (1985). Psychophysics of reading. I. Normal vision. Vision Research, 25(2), 239-252.

Kump, P. (1998). Break-through rapid reading. United State America: Prentice Hall.

Kromberg, JGR, Jenkins T. Prevalence of albinism in South African Negro. S Afr Med J 1982; 61:383-6.

Legge, G. E., Ross, J. A., Isenberg, L. M. & Lamay, J. M. (1992). Psychophysics of reading: Clinical predictors of low-vision reading speed. Investigative Ophthalmology & Visual Science, 33(3), 677-687.

Lovie-Kitchin, J.E. dan Woo, G.W. (1988). The effect of magnification and field of view on reading speed using CCTV. Opthalmic and Physiological Optics. 25: 253-266. Dalam Zainora Mohammed dan Rokiah Omar (2004). Prestasi Membaca dan hubungkait dengan penglihatan di kalangan pelajar sekolah pendidikan khas (masalah penglihatan). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas Kejayaan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Perkongsian Bersama: (Jilid 1). Bangi: Fakulti Pendidikan universiti Kebangsaan Malaysia.

Lund, P.M. (1999). Distribution of aculocutaneous albinism in Zimbabwe. Journal of Medical Genetics. 33:641 – 644.

Lund, P.M. (2001). Health and Education of children with albinism in Zimbabwe. Health Education Research. 16: 1 – 7.

Lund, P.M., Puri, N., Durham-Pierre, D., King, R.A. & Brilliant, M.H. (1997). Oculocutaneous albinism in an isolated Tonga community in Zimbabwe. Journal of Medical Genetics. 34: 733:735.

Mai Shihah Abdullah, Salahuddin Jusoh, Mohammad Harris Ayob & Siti Sarah Mahmod. (2006). Pencapaian akademik: hubungan status penglihatan dan kebolehan bacaan pantas pelajar. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Konferensi Intenational UPI – UPSI ke 2, Bandong, Indonesia.

Mai Shihah Abdullah dan Julismah Jani (2004). Prevalens dan Profil Akademik Penghidap Albinisme di Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan Khas (Jilid 2): 338 -353.

Mai Shihah Abdullah dan Julismah Jani (2005). Albinism in Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan dalam Konferens Sedunia Albinisme. Edinburgh.

Mai Shihah Abdullah, Julismah Jani, Cham Jia Li & Chow Poh Kheng (2005). Albinisme: Tanggapan masyarakat Malaysia dan Profil Sosio-Ekonomi. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005: 688 – 697. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

McBride, Sandy R, Leppard Barbara J. Attitudes and Beliefs of an Albino population towards sun avoidance: advice and services provided by an outreach Albino Clinic in Tanzania. Archieves Dermatology. Vol. 138(5) May 2002:629-632.

Roy, W.N., Robin M.S. & Guidotti, R. (2005). Real Lives. Albinism Fellowship. England.

Thinker, M. A. (1962). Uses and limitations of speed of reading programs in schools. Dalam Lim Yoke Len (1998). Pelaksanaan program baca pantas bahasa Cina dalam kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Seri Kota. Tesis yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Witkop, CJ Jr, Quevedo WC Jr, Fitzpatrick TB, King RA. Albinism, in Scriver CR, Begudet AL, Sly WS and Valla D: The Metabolic Basis of Inherited Disease, 6th Edition. New York, McGraw Hill, 1989, p 2905-47.

Zainora Mohamed dan Rokiah Omar (2004). Prestasi Membaca dan hubungkait dengan penglihatan di kalangan pelajar sekolah pendidikan khas (masalah penglihatan). Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas Kejayaan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Perkongsian Bersama: (Jilid 1). Bangi: Fakulti Pendidikan universiti Kebangsaan Malaysia.


LAMPIRAN 1

BORANG PEMERIKSAAN AKUITI PENGLIHATAN RN: ____/600

Nama: _______________________________________________________

Akademik: ___________________________________________________

Bangsa: _____________________________________________________

Bilangan ahli keluarga yang memakai cermin mata atau kanta sentuh.

Ya Tidak

Bapa


Ibu


Adik-beradik

Bil: _______ Bil: ______

Status Penglihatan Pelajar

Mata kanan

Mata Kiri

Ujian Kelajuan Membaca

Fon 12: __________________ patah perkataan/minit

Fon yang disesuaikan ( Fon ) __________________ patah perkataan/minit


LAMPIRAN 2

INSTRUMEN MENGUJI KELAJUAN BACAAN (MAI SHIHAH, 2005)

Fon 10

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang kerap kurap kurang kuat kuak kunang

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59 9/24/64 10/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83 14/34/89

tenang tendang tentang telan celah belah selak bedak senak benak benang butang

15/36/95 16/38/106 17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133 22/50/138 23/52/143 24/54/148 25/56/154 26/58/160

tengking daging cacing tongkeng

27/60/68 28/62/74 29/64/80 30/66/88

Fon 11

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang kerap kurap kurang kuat kuak kunang

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59 9/24/64 10/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83 14/34/89

tenang tendang tentang telan celah belah selak bedak senak benak benang butang

15/36/95 16/38/106 17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133 22/50/138 23/52/143 24/54/148 25/56/154 26/58/160

tengking daging cacing tongkeng

27/60/68 28/62/74 29/64/80 30/66/88

Fon 12

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang kerap kurap kurang kuat kuak

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59 9/24/64 10/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83

kunang tenang tendang tentang telan celah belah selak bedak senak benak

14/34/8915/36/95 16/38/106 17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133 22/50/138 23/52/143 24/54/148

benang butang tengking daging cacing tongkeng

25/56/154 26/58/160 27/60/168 28/62/174 29/64/180 30/66/188

Fon 14

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang kerap kurap kurang

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59 9/24/64 10/26/69 11/28/73

kuat kuak kunang tenang tendang tentang telan celah belah benak

12/30/79 13/32/83 14/34/8915/36/95 16/38/106 17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133

selak bedak senak benang butang tengking daging cacing tongkeng

22/50/138 23/52/143 24/54/148 25/56/154 26/58/160 27/60/168 28/62/174 29/64/180 30/66/188

Fon 16

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang kerap

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59 9/24/64

kurap kurang kuat kuak kunang tenang

10/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83 14/34/89 15/36/95

tendang tentang telan celah belah benak selak bedak

16/38/106 17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133 22/50/138 23/52/143

senak benang butang tengking daging cacing tongkeng

24/54/148 25/56/154 26/58/160 27/60/168 28/62/174 29/64/180 30/66/188

Fon 18

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59

kerap kurap kurang kuat kuak kunang tenang tendang

9/24/6410/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83 14/34/89 15/36/95 16/38/106

tentang telan celah belah benak selak bedak

17/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133 22/50/138 23/52/143

senak benang butang tengking daging cacing tongkeng

24/54/148 25/56/154 26/58/160 27/60/168 28/62/174 29/64/180 30/66/188

Fon 20

Sekolah semalam selam selamat senaman sulaman suruhan senang

1/3/7 2/6/14 3/8/25 4/11/32 5/14/39 6/17/46 7/20/53 8/22/59

kerap kurap kurang kuat kuak kunang tenang

9/24/64 10/26/69 11/28/73 12/30/79 13/32/83 14/34/89 15/36/95

tendang tentang telan celah belah benak

16/38/10617/40/113 18/42/118 19/44/123 20/46/128 21/48/133

selak bedak senak benang butang tengking

22/50/138 23/52/143 24/54/148 25/56/154 26/58/160 27/60/168

daging cacing tongkeng

28/62/174 29/64/180 30/66/188

No comments:

Post a Comment